Bahasa Melayu

Hubungi Kami Hantar emel kepada Cheno Wordsmiths

cheno.wordsmiths@gmail.com
Maklumat Tentang Cheno Wordsmiths

Cheno Wordsmiths adalah pakar dalam perkhidmatan terjemahan, menyemak, menyunting dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Cheno Wordsmiths berurusan dengan  profesional dan kami mampu menghabiskan tugas yang diserahkan dalam masa yang singkat. Caj perkhidmatan kami amat berpatutan. Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan sebutharga anda.


Senarai perkhidmatan

Senarai Caj Perkhidmatan Cheno Wordsmiths
Senarai Caj Perkhidmatan Cheno Wordsmiths

Perkhidmatan disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

  • Menyemak dan Menyunting
  • Kertas akademik, tugasan bertulis, thesis dan esei
  • Terjemahan Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu
  • Transkrip dari sumber audio
  • Salinan pengiklanan / penulisan iklan, kenyataan akhbar,
  • Artikel berita, penulisan kandungan
  • komunikasi dalaman, risalah berita, brosur, bahan pemasaran
  • Cadangan dan dokumen perniagaan
  • Laporan tahunan, laporan perniagaan
  • Resume
  • Kajian bertulis untuk produk
  • Kadungan bertulis untuk web atau blog
  • Sub-editor
  • Penyelidikan topik umum, penulisan karangan
  • Ringkasan
  • Menggubal terma dan syarat, kaedah dan peraturan, garis panduan
  • Menggubal kod tingkah laku dan dasar 
  • Panduan produk atau perkhidmatan
  • Slogan
  • Lain – lain perkhidmatan bahasa dan tulisan


    Pertayaan Lazim

    1. Bagaimanakah Cheno Wordsmiths menyemak – sunting sesuatu dokumen?
    Cheno Wordsmiths akan membaca dokumen anda dengan teliti untuk mengenal pasti dan membetulkan apa-apa kesilapan dalam tatabahasa, tanda baca, gaya bahasa, struktur ayat dan ejaan.
    Walau bagaimanapun, kami tidak akan memeriksa kandungan tulisan anda.

    Kami menggunakan sistem “tracking” dalam Microsoft Word. Ini membolehkan pelanggan kami mengenal pasti pembetulan yang telah dicadangkan dan kemudian memutuskan sama ada untuk menerima pembetulan tersebut atau tidak.

    2. Berapa lamakah tempoh untuk menghabiskan sesuatu tugasan tulisan?
    Tugasan mudah yang kurang daripada 10 muka surat biasanya akan mengambil masa 1 - 3 hari untuk disiapkan. Tugasan yang lebih rumit dan panjang mungkin mengambil masa sehingga 7 hari.

    3. Adakah Cheno Wordsmiths menyediakan perkhidmatan menulis kertas akademik dan penulisan tesis?
    Cheno Wordsmiths hanya akan menyemak penulisan ilmiah dan tesis untuk kesilapan bahasa.

    4. Bagaimanakah saya membuat bayaran kepada Cheno Wordsmiths?
    Cheno Wordsmiths memerlukan bayaran deposit sebelum memulakan apa-apa kerja tugasan.
    Untuk kerja kurang daripada RM100 (USD 50), bayaran penuh mesti dijelaskan terlebih dahulu.

    Pelanggan dari Malaysia hendaklah membuat pembayaran melalui deposit bank atau Paypal. Kami menerima bayaran dari pelanggan-pelanggan antarabangsa melalui Paypal.

    5. Apakah dasar privasi anda?
    Cheno Wordsmiths mengendalikan semua maklumat peribadi dan bahan-bahan kepunyaan pelanggan
    dengan tegas dan amanah. Semua salinan tugasan akan dimusnahkan dengan cara yang selamat dalam tempoh 7 hari setelah disiapkan.

    No comments:

    Post a Comment